Sunday, December 21, 2008

terima kasih cinta

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

lagu kita

Aizat - Lagu Kita

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam.... teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

CHO: Dan aku terus...
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

( ulang cho 1x)

siapa kawan baik

huh, sampai certain extend aku pon dah tak larat dah nak tulis pasal ni. tapi ini ari cam terpaksa gakla. aku bukan cikgu nak ajar murid, n bukan lagi budak 14 tahun yang baru nak belajar erti kehidupan, tapi hakikat nye bukan semua org perfect, termasuk aku.. list ni apa yang aku rasa perlu untuk aku dan manusia lain (human) bukan monyet untuk ade sebagai seorang kawan. sekurang2 nye .....aku rasa list ni dapat di buat panduan (kalau nak beskal: rodaan) wutever la.

1. mule2 sekali pk kawan ni penting untuk apa? kalau ade yg pk kawan ni untuk buat teman gelak JE, buat pinjam barang, buat tanye soklan, tanpa memikirkan kawan ni adelah untuk segala2nye..susah senang , share sume, setiap masa.. so ade sumthg yng tak kene dalam diri tu sebagai seorg kawan yang baik. maka akan ade org yang akan kecil hati dengan anda dan jangan la pulak heran.

2. mudah je, dalam dunia ni tak de siapa yg sempurna, so setakat benda kecik2 , tak mustahil akan ade org kecil hati ngan kita atau kita kecik hati dengan org. kalau kawan kita buat kita terasa sikit. kadang2 ye bukan selalu. slalunye, kita akan pk balik, pertimbangkan balik, biasala ni, benda kecik, takkan nak besar2kan, nanti elok la ni, atau mungkin kita akan pk , kita yang emosi tak stabil ni, terasa lebih.. ni pada aku kawan yang baik la, tak nak panjang kan cerita sebab die nak jaga hubungan tu lagi. tapi untuk kawan yg pk diri die je, owh pasti2 die akan terus melenting dengan perangai kawan die tu, tak campo tu, terus pergi dekat org lain, kutuk2 kawan tu tadi, cerite tak puas hati...padahal selama ni baik ni dengan kawan tadi yang di kutuk...tapi semata2 sebab org tu punya sekelumit kesalahan, abis di bantai nye cerite kat org lain yang entah siapa2 ntah pada die sebelom ni.

3. simpan rahsia.: peribadi atau tak. selagi kawan kita tag benda tu sebagai rahsia. maka rahsia la. siapa kita untuk sebar2kan cerita tu sedang kan kawan kita dah percaya kita untuk pegang amanah tu. kalau anda kawan baik, kalau anda marah sekalipon dengan die, takkan sampai hati kan nak bocorkan rahsia die, ....ni tak ,asal marah je, bocor satu rahsia, bengang je lepas satu rahsia, dah tu last2 sekali siapa nak pecaye kita dah utk simpan rahsia? pk balik, apa ingat kawan kita tak kan tahu yang kita dah bocorkan rahsia die? haha..ade je org yang akan cakap mcm ni: "kau nak tahu satu cerite tak? tapi ni rahsia..die tak kasik bagi tahu org len"..hoho...kau ingat org yg kau dah bocorkan rahsia tu pon nak pecaye kau? haha. jangan harap...kredibiliti anda sebagai penyimpan rahsia otomatik akan terjejas.

4. perempuan khas nye, selalu je ade masa bad mood. haha. biasala. tapi kan ..kalau ye pon anda bad mood..maybe sebab study ke, sebab ade tak cukop makan ke, period ke, bf ke, tkkan la ade hati nak tengking kawan sendiri. kalau betul kawan baik, akan sedaya upaya mengawal perasaan, supaya tak lepas marah tu. apa ingat org yang kene marah tadi ni tak de perasaan? suke suki nak di maki? pastu kau dah abis marah, dah reda, esok terhegeh2 mintak maaf sebab rasa bersalah. ok, simple babe, kalau sekali dia terbuat gini, aku panggil NORMAL..tapi kalau setiap kali marah kau mcam ni??? hahahaha......lu pikir la sendiri..meluat ke tak orang dengan perangai tu

5. berkira..uhuk.susah jugak la nak judge part ni. tapi slalunye kawan ni takkan berkira dengan kawan die. walaubagaimanapon, di sebabkan barang tu adelah hak kita , yaqni dibeli dgn duit kita atau duit makbapak kita, maka kita masih ade hak untuk berkira. tapi dengan syarat, berkira kita bertempat. ni tak , jangan kita berkira, tapi kita nak pinjam barang org suke suki mak nenek kita mcam barang kita. amboi2. dalam bab ni aku perasan la jugak , ade jenis kawan yang mudah naik kepala, sekali bagi pinjam esok luse sampai 100 kali nak pinjam..ade barang takpe, tapi kalau brg tu dah nak abis pon.dok pinjam. ya allah, kalau betul nak gune smapai banyak2 g la beli...kedekut sangat tu kenape..kan dah susah kan kawan.pastuh ade yg tak reti sangat kot, ade barang kita yang ade value sendiri, contoh: baju br belike, subang bf kasik ke, tudung mahal ke, so value tu ade, maka yang kita ni yang nak meminjam ni kene la pk2 sendiri, at least malu la jugak nak meminjam, melainkan kalau org tu offer...nyiru je la tapak tangan. bukan apa..kesian tahu tak kat tuan punye barang, nak cakap TAK..kang ade yang kecik hati, dapat yang kaki kutuk, dicanang nye satu dunia org tu kedekut, walhal, kita ni yang takde akal..nak pinjam barang hentam keromo. pastuh lagi, kalau kau kawan , kau mesti pk, kawan kau beli barang2 tu untuk pakai, bukan bagi kita pinjam, so, kalau die nak gune atau sedang menggunakan, takkan la die nak kasik kita ni pinjam. senang citer ni la..kalau tu barang org jangan buat cam hak sendiri. timeseeyy

6. kau ngaku kau kawan..tapi bile die nak cerite masalah. apa kau buat? buat bodoh. (lain la kalau masalah yang sama dan ulang2 sampai kita pon dah naik malas). end up , takde sape nak citer masalah kat kau. cube tengok balik, ade tak kawan dtg cerite masalah kat kau. haha. takde? ke kau je yang asik cerita masalah.hahahaha.parah tu. pastuh..kita mmg kawan kalau kita share suke duke.. tapi ade kawan ni jangan kata duke,, suke pon tak nak share. die sibuk nak gebang pasal kegembiraan die dengan bf die je , takpon scandal..apa2 la..tapi bila kawan ni nak cerite jugak, die tak layan. amboi.....

7. paham. contoh: kalau kawan tu tengah tido.kompem2 depan mata tgh nampak ni, siap berdenkur ni..takkan la nak cerita kuat2..guna la suara volume rendah. kalau kawan kita nak study pulak, andai la kita nak berbual sangat ni...gatal mulut, cakap la barang 5 minit, dah la..sian kawan kita tuh haaa..ntah2 die baru nak start study .. kau dah abis study pastu kacau org... tak pk org nyeeee...cemana nak jadi kawan baik. pastuh...kalau kita ni jenis kacau org study pulak, in a return..kalau org datang bilik kita , kita kene la layan jugak, jangan bile org tu dtg, kau pandai pulak buat bodoh,sebab nak study.. padahal kalau kau takpe je buat mcm tu.

8. kawan kau ade bf/gf..kita pulak rasa pasangan kawan kita tu tak seswai..atau mungkin jahat ke pada pandangan kita..sebaik2 kawan.. kita akan bagi tahu jugak, apa pendapat kita. sbab kalau tak bagi tahu, nnt kalau dah berakhir, kawan kita mugkin akan slaahkan kita tak warning awal2. ok..tapi andai kata kawan kita sayang jugak..nak jugak teruskan..biarla die teruskan, kita sebagai kawan support je la...dan teruskan mensupport..tak payah la.. sampai org tu dah couple 3 tahu pon kita still nak bagi tahu org yang kita tak suke org tu kapel and tak payah la masuk campur hal die lagi...biarkan..dan jangan sesekali judge hubungan org..hubungan ni tak sama semua org..akan ade kelainan..manis nye lain, pahit nye lain, gedik lain, ngade nye lain, kalau couple tu tahan, yang kita ni sibuk2 nak hancurkan hubungan org tu kenape? kau panggil kau kawan ke?
p/s : pengecualian dibuat kalau keganasan dan ketidak adilan berlaku

9. kawan yang baik,,akan baik dengan kita setiap masa. for sure, tapi kalau dah tengok kawan kita ade masa tinggalkan kita, tak pandang kita, tak cakap ngan kita walaupon tiap2 ari jumpe..uhh.. kawan ke? ni tak ade irama, ade masa nak baik, tyme die nak g kat kawan lain, die biar kita kontang kanting. owh..pada aku tak pela. suke ati die la tk nak kawan dah. tapi yang best nye.. pastuh, bila kawan yang di pinggir ni dah terasa hati, dan tak berapa nak mesra dengan kau, kau kene la pk balik, jangan la tuduh kawan tu pulak yang tak nak kawan kau dulu, sedang kan kau yang mulekan. kesian kawan tu, dah la dapat kawan yang sombong, pastuh hati sedih sebab kene tuduh mulekan sume..huhu..sadis2.

10. takmungkin seorg kawan yang baik akan cemburu bile kawan die rapat dengan org lain. owh lupe, term salah, kalau cemburu tak pe lagi, sbab bagi aku tu perasaan normal, tapi senormal2 manusia die akan pk balik bahawanye bile kawan tu gembire , die akan turut gembira. tapi, yang tak normal nye, bile, di bawak nye cemburu tu, sampai tarik muke, masam muke, benci, g kutuk kat org lain yang kawan kau bla3, huh, mmg dah tak normal. GILE kot. mengaku kawan. tapi tak suke kawan kau ade kawan lain. oii.. kau ingat kawan tu BENDE ke, bulih dimiliki. hina doewhhh...jangan buat cam tu

luahan aku pulak: dalam hidup ni bukan semua orang akan suke kita dan kita jugak tak kan suke semua org. menjadi manusia sempurna bukanla target kite sebagai hamba allah ni, tapi mendekat kan dirikepada kesempurnaan adalah sebaik2nye.nak meletakkan diri memenuhi setiap aspek yang org nak adalah mustahil. tapi, adelah baik, kalau cube berubah ke arah kebaikan , dari duduk di takuk lama. manusia di berikan akal, untuk berfikir dan pertimbangkan perkara.kalau hidup kita pergi ke mana2 sekalipon , ade org yang benci kita..tak mustahilkan kalau perangai kita yang silap? manusia di luar sana , menilai org jangan dari paras rupe, anda sesungguhnye memilih jalan mudah untuk menilai org sebenarnye kalau itu yang anda lakukan. muke bersih, putih, cantik, lembut tak menggambarkan peribadi manusia. bukan disuruh mengesyaki semua org , jauh sekali, tapi bila berlaku kes pergaduhan kecil, anda sebagai org luar, sangat menyedihkan kalau anda memenangkan org yang berupa cantik semata2. anda kan punyai akal, mustahil kalau 10 orang yang berupa hodoh tidak berkawan dengan seorang yang cantik, maka 10 org tu yang bersalah kerana dengki. kenape tidak anda pk mungkin si cntik yang perkelakuan tak senonoh sehingga sepuluh org lagi tak tahan. apa jua kemungkinan mungkin berlaku, tapi gunakan akal sebelom bertindak..sebab tak mustahil esok luse, org akan judge anda sama seperti cara anda judge org..ketika itu, rasa la kesakitannye menghadapi kebodohan org..

ok
sekian
timeseey
holiday ku bermuleeee :)
xoxo